20130724

Pecahlaju aka Breakfast aka Sarapan @ Restoran Zaman, Kuantan



Selamat pagi warga Kuantan! Apa yang lebih menaikkan adrenalin selain daripada juadah pagi yang enak? Restoran mana yang menawarkan menu citarasa semua kaum di bawah satu bumbung? Jom kita usha apa bedanya Restoran Zaman.


dimanakah kan ku cari tempat ini?




Terletak di Batu 9, Jalan Gambang-Kuantan menghala ke Gambang, signboard yang besar pasti membuatkan mata anda tertoleh setiap kali melalui jalan ini.

Restoran ini cukup terkenal dikalangan warga Kuantan, dan mula bertapak disini sejak tahun 70an lagi. Oleh itu, dekorasi di dalam restoran ini sengaja dikekalkan supaya heritage feeling itu boleh dirasai generasi baru Kuantan.


menu pilihan perut


Nasi Lemak Telur Rebus, RM1.70


Mari mulakan dengan makanan ruji rakyat Mesia, nasi lemak. Tersedia di atas meja anda, just Grab and Bite!

Nasi lemak ini mempunyai nasi yang cukup lemak, dengan adunan santan yang banyak. Hasilnya, aroma wangi nasi lemak yang boleh dihidu sebaik saja anda membongkar daun pisang itu. 

Sambal ikan bilisnya pula, bagi kami agak pedas, namun En. L lebih menggemari sambal yang manis. Kombinasi sambal dan nasi yang sedap.




Nasi Minyak Ayam, RM5-RM6

Santapan kedua En. L, Nasi Minyak berlaukkan gulai ayam. Oh apa lagi yang mahu diceritakan? Kami jatuh cinta!

Nasi yang tidak terlalu overload dengan rempah,tidak manis,tidak masin, cukup serasi apabila diblend dengan gulai ayam yang manis, juga tidak terlalu overload dengan rempah ratus. manis dan pedas yang seimbang. sesuai untuk santapan mereka yang ingin menjaga kesihatan.


Nasi Goreng dengan Ayam Goreng dan Sambal Belacan, RM4.50

Menu pilihan cik H. Pada mulanya pelik juga bila nasi goreng yang nampak biasa biasa ini dipilihnya, tapi bila dah rasa, fuh, terkenang kembali nasi lemak homemade buatan ibu di rumah. tengok sendiri kuantiti sayur dan warnanya yang nampak cukup homemade, rasa nak tambah lagi je!



Roti Kosong, RM0.90

menu terakhir (banyak gila makan >.<) pada mulanya hendak merasa saja, tapi akhirnya jatuh cinta. roti canai yang bagus adalah yang cukup rangup pada bahagian kulit luar, tapi lembut dan manis pada bahagian isi dalamnya. dan untuk lebih berkhasiat, tiada tanda2 minyak berlebihan pada pinggan roti canai anda. roti canai Restoran Zaman cukup menepati ciri ciri ini. Bravo!

Untuk menu sarapan yang sedap di Kuantan, haruslah Restoran Zaman ini dikunjungi.


Nama Restoran: Restoran Zaman 
Alamat: Batu 9 , Jln Gambang, Kuantan, Pahang
GPS Coordinates: N03 45.738, E103 12.820
Jam: 6am-3pm
Tarikh Santapan: 28 April 2013


20130723

Melankolia Crocodile Rock @ Teluk Cempedak



Nama restoran ini sudah cukup untuk menambat hati anda, bukan? terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Teluk Cempedak daripada Kuantan, jom kita usha apa istimewanya restoran ini.

mana nak cari?

Jalan Teluk Sisek, Kuantan. atau dari perspektif mata, dari kejauhan anda pasti terlihat remang2 cahaya yang cukup sweet dan melankolik daripada lampu tungsten restoran ini.



signboard yang minimalis


atmosfera

Crocodile Rock adalah sebenarnya sebuah banglo yang diubahsuai menjadi restoran. Seperti berada di rumah, atau dalam Melayunya "buatlah macam rumah sendiri" suasana cukup tenang dengan susunan perabot yang minimalis. cahaya lampu pula cukup cukup makan untuk makan dan melihat wajah si dia yang tersayang. cukup melankolia, cukup romantis. lagu jazz dimainkan, menambah lunak pada halwa telinga, dan membangkitkan rasa kelaparan yang menerujakan. suasana yang sangat sesuai untuk perjumpaan semula (reunion) bersama sahabat lama atau sekadar bercanda bersama keluarga tercinta di malam sabtu.



apa yang kami order?

Crocodile Rock ini terkenal kerana pizanya, The Main Star dalam menu. Piza yang menjadi pilihan, beef pepperoni atas cadangan cik H.


beef pepperoni yang berasap, terbaik dari oven! (RM27)


apa yang pasti, rasanya tidak stereotaip dan minimalis.bagi anda yang kuat melayunya dan takut muak makan piza, percayalah, piza ini tidak akan menghampakan anda.kerak crust yang nipis namun tak senipis biskut, dengan flat below surface yang rangup. apabila ini berlaku, anda akan lebih enjoy dengan topping yang ditawarkan. bukan setakat pepperoni, lada benggala, olives, cili merah, dan cheese yang overload, kami berharap dapat order satu lagi andainya poket kami tebal. saiz piza adalah medium.


chicken lasagne. maaf atas keterujaan makan kami. (RM20)

order dari en. L, chicken lasagne. rasa yang sepatutnya ada pada lasagne, sedap tapi tidak begitu spektakular. semuanya sempurna namun tiada X Factor yang dijumpai. namunbagaimanpun, saladnya fresh dan menggiurkan.

sudah pastinya, kami akan bertandang lagi disebabkan makanannya, dan jadi satu bonus adalah atmosfera yang ditawarkan Crocodile Rock. anda pasti tak rugi sanubari.


Nama Restoran: Crocodile Rock
Alamat: Jalan Teluk Sisek, Kuantan (menghala ke Teluk Cempedak)
Jam Dibuka: 5pm-12am
Tarikh Santapan: 12 June 2013

20130506

Chic Restaurant Lila Wadi , Kuantan.


Pernah dengar?
Tak tahu kat mana?



" jatuh cinta di twitter "

Pertama kali cik H dengar nama restoran ni adalah melalui timeline twitter.
cik H pemfollow setia @KuantanTV.
dan satu hari @KuantanTV retweet tweet mengenai restoran dengan nama yang unik ni.
terdetik dihati untuk usha dengan lebih dekat lagi.

cik H pun mengushalah di laman sosial yang lebih umum iaitu 'muka buku'.
tapi, musykil dengan diri sendiri yang sudahpun mengeksplorasi Kuantan dengan jayanya,
tak pernah langsung ternampak restoran ini bilamana alamatnya menunjukkan jalan yang sering dilalui.

"celah mana nak cari Lila Wadi ni?"

rupa-rupanya.
restoran ini tersorok dibalik bangunan lain.
jika anda melalui jalan besar Kuantan ke arah Gambang, anda akan lihat bank OCBC disebelah kanan.
makanya, restoran tersebut berada disebalik bangunan disebelah kiri anda.
untuk yang berjalan kaki, terdapat sebuah lorong kecil berdekatan dengan lampu isyarat pejalan kaki yang membawa terus ke restoran..
bagi yang berkenderaan, anda perlu masuk disebuah lorong kecil sebelum lampu isyarat itu, dan lila wadi akan berada di sebelah dalam kanan.
sila rujuk fb utk alamat dan map dibawah.

*untuk lebih faham atau jelas, boleh terus menghubungi en.L.


"yok makan"

"~eksklusif, tetapi santai~"
ala-ala seoul garden, menyediakan barbeque instant.
tetapi, bukan secara buffet.
menu barbeque lebih kepada set-set dengan pelbagai pilihan.



bagi peminat barbeque, portion yang disediakan agak 'comel'.
dihidangkan bersama pilihan nasi atau mi.
terdapat juga pelbagai menu thai yang pasti membangkitkan selera anda.

yang pastinya, untuk memudahkan pem'barbeque'an, penggunaan chopstick amatlah digalakkan.

pasti en.L ingin me'war-war'kan mereka untuk belajar memakai chopstick dengan cara yang betul dahulu, sebelum melawat restoran ini.
betul tak en.L?
;)

dan~!
bagi peminat manisan dan kek macam cik H ni,
ada berita awesome bin osom nak cik H ceritakan.

mango cheese cake.

mungkin ramai yang tidak suka makan kek.
apatah lagi cheese cake yang pastinya manis dan berlemak.

jangan risau.
mango cheese cake signature lila wadi ini tidak terlalu manis, dan tidak telalu berlemak.
dengan hirisan mangga yang fresh dibahagian atas dan lapisan 'digestive biscuit' dibawah.
sedap sehingga licin~! walaupun nampak banyak~!

tak tipu punya~

kalau anda singgah nanti, jangan lupa untuk mencuba.

sekian sahaja untuk entri skema kali ini.
untuk keterangan lanjut, boleh terus ke laman sosial


untuk seisi keluarga atau bersama kawan-kawan yang inginkan suasana yang santai dan makanan yang awesome.
dan ohh~! juga untuk mereka yang ingin menyambut hari lahir, mereka ada sediakan servis.

selamat mencuba :)



heebee.

Nama Restoran: Lila Wadi
Alamat: A 236 Jalan Besar, 25000 Kuala Kuantan, Malaysia
Jam dibuka: 12.30pm-12am
Tarikh Santapan: 26 April 2013




20130417

Ikan Bakar Portugis @ Giant Kuantan





Kaedah pembakaran natang haiwan seperti mamalia, reptilia dan sebagainya adalah femes di mesia negarakita. jikalau anda bertanya pada sang Mat Salleh, kami mendakwa 60% jawapan kepada makanan negarakita kegemaran mereka adalah sang Satay. kesahihan teori kami ini masih perlu dikenalpasti.


Ikan Pari

Kami berkesempatan menyerbu Ikan Bakar Portugis di Giant Hypermarket, Kuantan. Lokasi bersebelahan jalan Kuantan-Gambang, dan diakui sesak pada hujung minggu. Bersedialah dengan perebutan suami  tempat parking di sini yaa.

Stall Ikan Bakar Portugis ini terletak di dalam foodcourt Giant. dikendalikan secara merendah diri oleh seorang sahaja pekerja. lebih 20 minit kesabaran anda diperlukan sebelum dibenarkan bersantap. Bukan setakat ikan bakar, Lala, sotong, udang dan personal favourite mr. L, petai pun ade!


Perihal Hidung
Rasa? Aroma tu penting! mencucuk cucuk nuansa cartilage kami bila sampai sampai kat foodcourt tu.



Lala


OmNomNom
Apa ada pada ikan bakar? Sohih sekali sambalnya! ikan bakar dikategorikan Tier 5 (cemerlang) jika sambalnya gemilang. dan sambal ikan bakar portugis ini terbilang. rasa limau purut begitu heaven. sampai berpeluh2 dan menangis kami dibuatnya. tambah pula sayur bendi yang fresh, kalau anda tak gemarkan sayur, sayur bendi dicampur dengan ikan bakar ini pasti melumpuhkan ketidaksukaan anda kepada sayur. tak percaya, tanya cik heebee.



Nama Restoran: Ikan Bakar Portugis
Alamat: Giant Hypermarket Kuantan, Jalan Kuantan-Gambang
Map: http://goo.gl/maps/eMqhF
Jam: 10am-10pm
Tarikh Santapan: 14 April 2013


20130407

prakata krikk krikk...


AsSalamuAlaykum.

kelibat-kelibat manusia yang suka menggerakkan kaki demi menggerakkan otak.

"go places.
meet new people.
explore new spaces,
search for adventure.
try new things.
make memories."

*keningkening

manifesto empunya blog mungkin.

izinkan seandainya bisa diabadikan cetera dari mata lensa dan hati yang memandang.
dek kerana kaki yang tak diam.

sekian.

heebee.

take 1.
krik..krik..krik..